CenT-TI English

Seminar / Kursus Pemikiran Kritis, Inovasi dan Penyelesaian Masalah.


Tempoh : 2 hari
Cara Persembahan : E-Learning, Webinar and Seminar
Bahasa : Melayu & English
Negara : Antarabangsa
Peserta : Guru-guru, Akademik, Pentadbir dan Pengurus
Harga : RM390 hingga RM500


Sinopsis


Semua orang berfikir; ini adalah sifat semulajadi manusia. Tetapi banyak pemikiran kita, berat sebelah, cacat, tidak lengkap, kurang maklumat, atau berasaskan prasangka. Namun kualiti hidup dan hasil kerja kita adalah bergantung kepada kualiti pemikiran kita. Pemikiran yang lemah akan menyebabkan kerugian wang dan kualiti hidup tahap rendah. Kecemerlangan dalam pemikiran, bagaimanapun, mesti dipupuk secara sistematik.


Secara ringkasnya pemikiran kritis menghasilkan manusia yang berdisiplin, berdikari, kebolehan memantau pemikiran  sendiri  dan seterusnya mampu membetulkan kesilapan sendiri. Ia memberi fokus kepada usaha  mencapai tahap kecemerlangan minda yang tinggi. Ia melibatkan komunikasi yang berkesan dan kebolehan menyelesaikan masalah. Inovasi sebenarnya  akan wujud dengan berasaskan pemikiran kritis dan kreatif. Dalam kata lain:


  1. Pemikiran Kritis bukan hanya berfikir, tetapi pemikiran yang melibatkan peningkatan diri yang melibatkan berfikir tentang pemikiran.


  2. Peningkatan ini datang dari kemahiran menggunakan standard yang digunakan untuk menilai tahap pemikiran.

  3.   

Objektif Seminar


  1. Untuk membangunkan perspektif intelektual dalam memahami isu-isu dan masalah.


  2. Untuk membimbing peserta bagaimana menggunakan pemikiran kritis untuk mengenalpasti keadaan masalah melalui analisis masalah dan mengaplikasikan secara kreative dan inovatif penyelesaian masalah demi untuk meningkatkan kualiti idea, kerja dan perkhidmatan.
     

  3. Untuk membimbing peserta tentang bagaimana untuk menguruskan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dan untuk menyedari tentang pemikiran supaya mereka boleh menilai kerja supaya boleh mencapai peningkatan dalam pemikiran dan kerja.


  4. Melatih peserta untuk meningkatkan bukan sahaja pemikiran mereka tetapi juga dalam memantau pemikiran sendiri  dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.


Manfaat Seminar


  1. Untuk membina keyakinan diri di kalangan peserta dalam cara mereka menangani masalah.


  2. Untuk melatih para peserta supaya mereka boleh bertindak sebagai pemangkin dalam pembangunan kreativiti supaya mereka dapat menghasilkan idea-idea, perkhidmatan dan produk yang inovatif.


  3. Untuk membimbing peserta mengenai bagaimana untuk menggunakan pemikiran kritis dalam proses pembelajaran untuk sentiasa meningkatkan prestasi dalam aktiviti yang mereka laksanakan.

Kembali kepada senarai program kami.