Apa Itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi?
Ia adalah konsep pendidikan berasaskan Taksonomi Bloom. Pendekatan pembelajaran begini memerlukan aras kognitif yang lebih tinggi, dan sangat penting. Dalam Taksonomi Bloom, yang telah dibuat perubahan di segi aras-aras kognitifnya, kemahiran yang melibatkan menganalisis, menilai dan mencipta dianggap sebagai aras yang lebih tinggi, yang memerlukan pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah yang berbeza daripada pembelajaran fakta-fakta dan konsep. Kemahiran berfikir aras tinggi ini melibatkan pendekatan pembelajaran yang kompleks seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah lebih sukar untuk untuk diajar dan dipelajari. Namun ianya amat baik bagi proses pembelajaran kerana kemahiran tersebut adalah sangat diperlukan dalam membentuk minda pelajar supaya kritis dan kreatif. Fokus utama program ini adalah untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. Ini amat penting supaya pelajar dapat memahami kandungan pengetahuan di dalam sesuatu mata pelajaran itu dengan mendalam. Di antara faktor utama kenapa pelajar lemah di dalam menguasai sesuatu mata pelajaran khususnya matematik adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran membuat analisis tentang sesuatu masalah di mana ianya adalah komponen penting dalam kemahiran berfikir secara kritis dan juga suatu bentuk KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah asas utama bagaimana kita dapat membimbing pelajar untuk membudayakan pemikiran dan juga dapat membimbing masyarakat terutama sekali apabila proses menguasai KBAT ini melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga guru-guru dan ibubapa.
Lebih tentang KBATTujuan Kami
Fokus program-program ini adalah untuk membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. Kami percaya bahawa kegagalan pelajar memahami masalah adalah disebabkan oleh hakikat bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan KBAT yang merupakan prasyarat dalam proses pembelajaran. Tanpa kemahiran ini, pelajar tidak boleh memahami kandungan pengetahuan secara mendalam. Selain itu, KBAT boleh digunakan untuk membangunkan budaya berfikir di kalangan semua lapisan masyarakat.
Senarai Program Yang Disediakan
