| Tempoh | : | 1 atau 2 hari |
| Cara Persembahan | : | E-Learning, Webinar and Seminar |
| Bahasa | : | Melayu & English |
| Negara | : | Antarabangsa |
| Peserta | : | Ibubapa dan mereka yang berminat dalam perkembangan terkini dalam pendidikan matematik |
| Harga | : | RM50 hingga RM300 |
Mendedahkan kepada ibubapa apa yang dimaksudkan dengan pendidikan dan perbezaan pendidikan dan pengajaran.
Mendedahkan kepada peserta peranan dan aplikasi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) seperti pemikiran kritis dan kreatif dalam proses mendidik anak-anak di rumah.
Mendedahkan kepada ibubapa perkaitan kandungan pengetahuan dan pemikiran. Contohnya apa perkaitan kandungan pengetahuan agama dengan kemahiran berfikir.
Mendedahkan kepada peserta cara berkomunikasi secara berkesan di antara ibubapa dan guru-guru di sekolah terutama sekali di masa kini PBS (Pentaksiran berasaskan sekolah) telah diperkenalkan di sekolah.
Membimbing peserta bagaimana berkomunikasi dengan anak-anak untuk merangsang proses berfikir di kalangan anak-anak dan ibubapa.
Ibubapa dapat melihat apa erti pendidikan dalam perspektif yang lebih luas dan dapat melihat pendekatan yang terbaik dan berkesan dalam proses membantu anak-anak di rumah.
Ibubapa lebih memahami perkembangan anak-anak mereka dalam proses pembelajaran dengan lebih jelas dan dapat bertindak dengan lebih awal untuk menyelesaikan sebarang kelemahan anak-anak.
Terdapat banyak program motivasi yang hanya tertumpu kepada pembangunan sikap dan akhlak. Tapi dalam zaman penuh cabaran ini, anak-anak Islam perlu diberi pendedahan dengan lebih jauh lagi iaitu kepada pembangunan intelek dalam kehidupan mereka. Ini bererti anak-anak masyarakat Islam perlu juga didedahkan kepada pelbagai kemahiran berfikir di peringkat KBAT seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sebagai satu ‘alat’ untuk mereka menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dan juga kehidupan mereka.
Kembali kepada senarai program kami.