CenT-TI English

Adakah Pengetahuan Guru Dalam Penyelesaian Masalah Membantu Pelajar dalam Pembelajaran Matematik?


Penyelesaian Masalah adalah satu bentuk pedagogi yang membantu guru-guru untuk membangunkan KBAT di kalangan pelajar matematik. Malah program KBAT kami dalam matematik adalah untuk melatih guru-guru dan ahli akademik. Selain dari itu bentuk-bentuk pedagogi lain yang digunakan bagi subjek lain dari matematik ialah seperti Pembelajaran berasaskan Pemikiran (Thinking-based learning atau TBL) Pengetahuan Penyelesaian Masalah dan TBL akan membolehkan guru-guru mengintegrasikan atau menerap KBAT ke dalam kandungan pengajaran. Selain dari itu guru-guru mampu untuk menjadikan proses berfikir menjelma dengan jelas kepada pelajar dan mereka sendiri melalui perancangan pengajaran yang menilai pelajar bukan sahaja dari jawapan yang berasaskan kandungan tetapi juga dari bentuk kemahiran berfikir yang digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Guru-guru juga akan lebih memahami perkaitan di antara kemahiran kognitif dan kemahiran metakognitif dan bagaimana mereka boleh melaksanakan pengajaran matematik supaya bukan sahaja untuk membolehkan pelajar lulus peperiksaan tetapi juga untuk membantu pelajar-pelajar mereka melihat matematik dari perspektif intelektual dan falsafah seperti asal-usul matematik, apakah matematik dan bagaimana membawa perubahan kepada teknologi dan masyarakat selain dari cara-cara berfikir dan cara kita mendidik masyarakat melalui matematik.

Malah apa yang kurang dalam pelaksanaan pendidikan yang berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah dalam aspek pedagogi. Dari pemerhatian kami, aspek pedagogi adalah amat terabai. Oleh itu, guru-guru harus mengambil kesempatan untuk mendapat pendedahan tentang pedagogi berbentuk KBAT melalui pengalaman dan kepakaran kami. Pengalaman dan penyelidikan saya dan data tentang kepincangan pengetahuan pedagogi di kalangan guru telah saya perolehi daripada penglibatan saya dalam melaksanakan lebih daripada 800 program Penyelesaian Masalah kepada pelajar-pelajar di semua peringkat dari peringkat sekolah hingga peringkat universiti (terutamanya pelajar kejuruteraan) dan saya mempunyai pengalaman dalam melaksanakan seminar / bengkel yang berkait dengan pedagogi yang berbentuk KBAT kepada guru-guru dan ahli akademik sejak 26 tahun yang lalu.



Kembali kepada Soalan Popular KBAT